the times...

Wednesday, June 08, 2011

1 Jawapan Untuk 3 Pertanyaan

Kisah ini khabarnya berlaku di sebuah negara di Timur Tengah. Kononnya ada seorang pemuda bernama Quyyum yang sudah lama belajar di luar negeri. Suatu hari dia kembali ke tanah airnya. Oleh kerana dia berpendidikan luar negeri maka dia pun angkuh dan sombong. Di dalam benaknya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang dapat jawab. Satu hari Quyyum telah bertemu seorang imam tua di kampungnya. Maka berlakulah dialog - dialog ini:

Quyyum:    Pak Imam,bolehkah Pak Imam menjawab pertanyaan - pertanyaan saya?
Pak Imam: InsyaAllah,saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Quyyum:   Pak Imam yakin ke? Profesor dan ramai orang bijak pandai yang saya tanya tidak mampu    menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sedaya yang mampu.InsyaAllah.
Quyyum: Saya ada 3 pertanyaan. Pertanyaan pertama saya: kalau benar tuhan itu wujud tunjukkan kewujudan tuhan kepada saya. Pertanyaan yang kedua: apakah yang dinamakan takdir? Dan pertanyaan yang ketiga : Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan dalam neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memilik unsur yang sama. Apakah tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Pak Imam: (Dengan spontan Pak Imam tersebut menampar pipi Quyyum dengan amat kuat sekali seolah - olah melepaskan kemarahannya). 
Quyyum: (sambil menahan sakit) kenapa Pak Imam marah dan tampar saya? Saya tanya jawablah!
Pak Imam: Saya tak marah...tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan kamu tadi.
Quyyum: Saya amat tak faham apa maksud Pak Imam!
Pak Imam: Saya nak tanya kamu bagaimana rasanya penampar saya tadi? 
Quyyum: Tentu saja rasanya sakit dan pedih!
Pak Imam: Jadi kamu percaya bahawa sakit itu ada?
Quyyum: Mestilah!
Pak Imam: Jadi saya nak kamu tunjukkan pada saya wujudnya rasa sakit itu atau macam mana rupanya?
Quyyum: Err..saya tak mampu dan tak boleh Pak Imam!!
Pak Imam: Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu tadi. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Quyyum: (Terkesima)
Pak Imam: Adakah malam tadi kamu bermimpi atau telah tahu saya akan menampar pipi kamu? 
Quyyum: Tidak Pak Imam!
Pak Imam: Apakah kamu pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Quyyum: Tidak Pak Imam!
Pak Imam: Kalau kamu nak tahu,itulah yang dinamakan TAKDIR.
Quyyum: (terkesima)
Pak Imam: Tangan yang saya gunakan untuk menampar kamu tadi dibuat dari apa?
Quyyum: Kulit dan daging!
Pak Imam: Pipi kamu tu dibuat dari apa pula?
Quyyum: Kulit dan daging juga,Pak Imam.
Pak Imam: Bagaimana rasanya penampar saya tadi?
Quyyum: Sakit dan pedih!!!
Pak Imam: Ha....kalau kamu nak tahu.....walaupun syaitan terbuat dari api dan neraka juga dari api,jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.........walaupun sama unsurnya!!
Quyyum: (Tersengih) Betul semua jawapan Pak Imam tu! 

2 comments: