the times...

Tuesday, June 07, 2011

satu kebetulan

4 orang pemuda yang bakal bergelar ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing2 sedang berjuang untuk melahirkan anak. beberapa jurus kemudian,keluarlah seorang jururawat lalu memberitahu kepada pemuda pertama, "Tahniah! kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar 2!"
"mungkin 1 kebetulan"kata pemuda tersebut. "saya bekerja di Menara berkembar petronas!"
beberapa jurus kemudian pula keluar lagi jururawat tadi dan memberitahu kepada pemuda kedua,"tahniah! awak juga telah mendapat anak kembar 3!"
"wow!! mungkin 1 kebetulan juga."ujar pemuda tersebut dengan wajah yang gumbira.
"kenapa?" tanya jururawat itu sedikit hairan.
"saya bekerja di Syarikat 3 Beranak Sdn Bhd."jawab pemuda tersebut.
selang beberapa minit kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu pemuda ketiga, " Congratulation! isteri you selamat melahirkan anak kembar 4!"
"Alhamdulillah.mungkin ini satu kebetulan juga!" ujar pemuda tersebut sambil meraupkan tapak tangannya ke muka.
"kenapa awak kata begitu?" tanya jururawat sedikit kehairanan."saya bekerja di Four Star Hotel." jawab pemuda tersebut.
Pada masa ini pemuda yang keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua pemuda yang menunggu menjadi hairan dengan tingkah lakunya. Salah seorang daripada mereka tiba2 bertanya: "kenapa kamu nampak risau sangat??"
"err.....saya bekerja di Seven Eleven!" jawab pemuda tersebut dengan wajah yang pucat.  

No comments:

Post a Comment